Hari persekolahan bermula seperti biasa. Tugas sebagai guru diteruskan juga. Gembiranya rasa hati dapat menjengukkan muka ke sekolah. Bukan kerana masa cuti tiada masa ke sekolah. Cuma tidak sama sibuknya seperti waktu sekolah. Lebih-lebih lagi bila terfikirkan macam-macam aktiviti yang dirancang melibatkan Pusat Sumber. Setengah orang, tidak suka berada di Pusat Sumber. Ini adalah kerana kerja-kerjanya yang agak membebankan. Namun bagi saya, ia adalah sesuatu yang menyeronokkan. Sangat menyeronokkan apabila waktu mengajar dikurangkan. Ini membawa makna, banyak masa yang boleh digunakan untuk menceriakan dan melaksanakan aktiviti yang dirancang. Namun tugas-tugas sebagai guru media menjadi sangat terbatas apabila menghadapi kekangan waktu di antara tugas sebagai guru dan seorang penyelaras.
Dan..keseronokan itu menjadi berkurangan apabila mendapati bekalan api ke blok di mana Pusat Sumber ditempatkan telah terputus. Dikhabarkan, kabel api ke blok yang terbabit telah menghadapi kerosakan. Aduh...ini adalah sesuatu yang berat bagi aku. Keadaan bangunan yang dibina daripada 'kabin', akan mula diserang virus wap panas. Lebih-lebih lagi blok ini agak tersorok dan terlindung daripada mata angin...1 hal lagi, banyak operasi yang berbantukan bekalan api tidak dapat dijalankan. Ini bermakna, aku harus mandi peluh lagi untuk berurusan denga mesin. Ke dua, murid-murid tidak akan berada lama di situ kerana suasananya yang agak gelap dan panas..Ke tiga, sudah tentu P&P berbantukan bahan Pusat Sumber tidak lagi dijalankan di situ...Ke empat, bermakna projek aku akan banyak yang terbengkalai...
Masalah diajukan kepada pimpinan sekolah. Inisiatifnya, GB cadangkan untuk membeli wayar panjang(ikut jauh tempat tersebut) untuk mendapatkan bekalan api...namun....hinggah akhir tahun, Pusat Sumber belum juga dapat sambungan bekalan api...ba....
Wajah Pusat Sumber tahun 2012
Mei
Operasi ubah suai kedudukan dan keceriaan
 |
susun atur tidak menarik. GB cadang untuk diubah suai. |
 |
kaunter perkhidmatan |
 |
sudut NILAM |
Jun
Rak buku barus ampai
 |
surat apa ni?... |
 |
oh! peninglah... |
 |
banyak lagi buku belum disusun...cukupkah rak ni? |
 |
ruangan kerja GPM
|
 |
kerja tak siap lagi... |
 |
ruang bacaan juga P&P |
 |
kaunter perkhidmatan/ruang sirkulasi |
 |
sudut audio |