Sejarah Sekolah

Tarikh Penubuhan dan Pengasas Sekolah

Sekolah ini didirikan pada 6hb. Mac 1972 dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Telisai. Sekolah ini mempunyai sebuah blok bangunan dan mengandungi tiga bilik darjah yang didirikan oleh pihak Syarikat Kerjasama Telisai. Ketika itu, sekolah ini menerima murid seramai 79 orang, iaitu 42 orang murid lelaki dan 37 orang murid perempuan dengan tiga orang tenaga pengajar.

Pengasas sekolah ini ialah Encik Amsani Ali Basa selaku pengerusi Syarikat Kerjasama Telisai pada masa itu. Memandangkan bilangan murid yang bertambah Balai Raya Kampung Telisai terpaksa digunakan sebagai tempat belajar sementara. Pada tahun 1978, sebuah blok bangunan tambahn mengandungi tiga bilik darjah telah didirikan oleh pihak kerajaan dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Telisai pada tahun 1985.


Perkembangan Fizikal Sekolah.




Blok A : Didirikan pada tahun 1972. Keluasan 24.25m X 7.60m. Tiga buah bilangan bilik darjah. Jenis Bangunan adalah papan.








Sekarang, Bangunan ini digunakan sebagai Bilik SPBT, Bilik Kemahiran Hidup, Makmal Sains 
Bilik JQaf dan stor peralatan sukan dan BBM.


 Blok B : Didirikan pada tahun 1978. Keluasan 33m X 6m. Tiga buah bilangan bilik darjah dan satu bilik guru, stor dan pejabat guru besar. Jenis Bangunan adalah papan separuh kekal, iaitu tiangnya adalah simen.








Sekarang, bangunan ini adalah bangunan pentadbiran yang terdiri daripada Pejabat Am, Bilik Guru Besar, Pejabat Guru, Perpustakaan (2004 - 2010),dan Bilik Kaunsling.













Blok C : Didirikan pada tahun 2004. Terdapat dua buah bilik darjah, iaitu Tahun 1 dan Tahun 2. Sekarang blok ini menempatkan kelas Tahun Satu dan Bilik Pemulihan.

Blok D : Didirikan pada tahun 2004. Terdapat empat buah bilik darjah, iaitu Tahun 3, Tahun 4,Tahun 5 dan Tahun 6. Sekarang Blok ini menempatkan Kelas Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4, dan Bilik Akses.



Blok E : Makmal computer dibina pada tahun 2004. Terdapat 11 buah computer dan sebuah computer untuk guru.
Sekarang bilik ini telah diubah suai dijadikan bilik gerakan memandangkan semua komputer yang terdapat disini sudah tidak berfungsi dengan baik.







Bagunan tambahan (blok kabin)



Terdiri daripada 2 blok bangunan berbentuk L. Telah dibina pada pertengahan 2006 dan digunakan pada awal tahun 2008 yang mana pada mulanyahanya 1 kelas sahaja beroperasi iaitu Kelas Tahun 6.

Sekarang bangunan ini menempatkan Kelas Tahun 6, Tahun 5, Pusat Sumber, Surau Tandas Pelawat dan stor.






Tapak surau
 November 2012



Tapak baru untuk surau sekolah. Tapak surau ini  dibina sebaris dengan bangunan makmal sekolah dengan keluasan ?????????? kaki persegi.











Sejarah Pusat Sumber Sekolah

Pada awal penubuhan Pusat Sumber di sekolah ini (pertengahan tahun 70an) hanyalah merupakan sebuah ruang kecil seluas 6 x 8 kaki persegi. Dengan  sebuah rak buku 2 tingkat sepanjang 5 kaki panjang, 4 kaki tinggi 2 kaki lebar. Ianya hanya memuat beberapa buah buku cerita. Ruang kecil ini di tempatkan di dalam pejabat Guru yang pada masa itu, Bilik Guru Besar, Bilik Guru dan Pejabat kerani berada dalam satu bilik yang sama yang hanya dipisahkan oleh meja guru masing-masing ( 5 buah meja guru sahaja)
Pertengahan tahun 80an, bilik Pusat Sumber dipindahkan ke ruangan lain yang agak besar....separuh bahagian bilih darjah yang diubah suai. Bilik ini memuatkan semua aktiviti dan bahan PSS, BBM, peralatan kemahiran hidup, peralatan sukan, perkebunan, alat muzik dan alat-alat perstoran yang lainnya.

Pada awal tahun 90an, bilik pusat sumber telah ditambah keluasan kepada 1 bilik darjah, tetapi semua peralatan yang sedia ada masih ditempatkan di sini. Situasi ini berlaku disebabkan kekurangan bangunan atau bilik untuk menempatkan peralatan tersebut. Walaubagaimanapun, keadaan itu tidak menjadi masalah atau beban kepada guru pusat sumber pada masa itu.

Berkat usaha dan bantuan pembangunan daripada kementerian pendidikan, bangunan sekolah telah diambah beberapa blok. Satu kelegaan pada pihak pentadbir sekolah, akhirnya keadaan yang bersesak-sesak dapat dikurang sedikit demi sedikit. Termasuklah Pusat Sumber. Akhirnya pada tahun 2005, Pusat Sumber dapat berdiri sendiri di dalam satu bilik khas dengan keluasan satu bilik darjah. Walaupun masih dikira kecil, tetapi, keadaan sesak dengan pelbagai perkakasan dan pemandangan dapat diusai.

Hari ini, April 2011 Pusat Sumber telah diberi keutamaan untuk menempatkan diri di bangunan baru yang lebih selesa daripada sebelumnya. Hari ini, Pusat Sumber berada di dalam bilik yang mempunyai 6 buah kipas siling, 9 batang lampu kalimantang, soket dan suis api kiri kanan....memang selesa....walaupun masih kekurangan rak buku, kaunter perkhidmatan yang lebih baik, namun keadaanya sudah cukup selesa...alhamdulillah...

Moga nikmat dan rahmat Allah berpanjangan buat sekolah seluruh warga sekolah ini....Amin