Lokasi PSS 2011
Pada pertengahan bulan Mac 2011, mesyuarat sekolah telah memutuskan untuk memindahkan bilik Pusat Sumber ke bangunan kabin kerana bilik Pusat Sumber yang sedia ada ini akan dijadikan Bilik Guru. Keputusan ini dibuat atas alasan bilik guru yang sedia ada tidak dapat menampung pertambahan bilangan guru.
Sepanjang Bulan Mac dan April, operasi pemindahan buku-buku dan bahan-bahan PSS dijalankan. Operasi PSS terhenti seketika. Walaupun kerja-kerja pengemaskinian PSS agak lambat, namun murid-murid tidak putus-putus mengunjungi Pusat Sumber baru mereka...Alhamdulillah, jerih payah yang dihadapi hampir dua bulan, akhirnya pada bulan Julai, Pusat Sumber baru dapat beroperasi semula seperti sebelumnya...dan inilah wajah Pusat Sumber Baru kami.......
Wajah PSS 2011